Pages

Tuesday, 5 November 2013

1 Muharram 1435H

Assalammualaikum Semua.

Hari ini 05/11/2013 bersamaan dengan 1 awal Muharram 1435H, Bulan dimana catatan buku amalan kita ditutup dan diserahkan ke Allah S.W.T dan diganti yang baru. :-)

Mengenangkan peristiwa kebangkitan Islam yang dipimpin oleh baginda 
Rasulullah S.A.W iaitu Nabi Muhammad






















































































Tarikh 1 Muharam atau sambutan tahun baru hijrah adalah perkara yang telah
sedia maklum dan difahami oleh kebanyakan orang. Telah banyak perkara berkaitan
dengan sejarah hijrah dan juga sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW 
diperbincang setiap kali sambutan Maal Hijrah.















































































Namun demikian tidak dinafikan juga kemungkinan kita terlepas pandang atau tidak
menyedari tentang peristiwa sejarah yang berlaku itu mempunyai pengajaran dan
iktibar yang amat bermakna.























































































Perlu kita sedari bahawa Allah SWT tidak menjadikan sesuatu peristiwa itu dengan 
sia-sia bahkan ada pengajaran atau ibrah di sebalik peristiwa tersebut dengan
tujuan dijadikan pengajaran dan iktibar serta panduan kepada umat yang berikutnya.



















































































Ini seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam yang bermaksud, Demi 
sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan 
iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi yang 
terkandung dalam al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi
ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu 
daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, 
serta menjadi hidayah petunjuk &rahmat bagi kaum yang(mahu)beriman.(Yusuf: 111)

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARRAM

* 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi 
setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
* 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi 
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang 
gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


PADA 10 MUHARRAM JUGA TELAH BERLAKU

 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan 
     selama enam bulan.
 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 
     40 hari 40 malam.
 10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
     dari tentera Firaun.
 11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
 12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
 13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
 14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
 15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
 16. Allah menjadikan 'Arasy.
 17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
 18. Allah menjadikan alam.
 19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
 20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Kata-Kata Hikmat :-)

 “Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan 
menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam 
keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang 
yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata :
 Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?
Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”






 






























































































































Friday, 1 November 2013

November 2013

Salam Semua....

Hari ini 01/11/2013 buat pertama kalinya dalam hidup Deya mempunyai blog sendiri.. Yahooooo.. Hihihi. Macam tak caya je (Teruja pun ade). Orang lain berpuluh-puluh tahun dah ade. Deya baru terhegeh - hegeh merangkak kan.

Tak kisah lah apa pun kan. Yang penting Deya boleh Share segala yang deya nak dekat dalam blog nie :-)

Ehem2x Serba sedikit tentang diri ku ini.

Nama : Deya
Umur : Tuk tahun nie dh 30THn (Muda lagi tue)
Status : Isteri dan juga Seorng ibu
Umah : Johor Bharu
   Ini lah keluarga Deya. My hubby Didie dan Hero Buchuk Daiyan